Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori oleh golongan berpendidikan agama/ Arab. Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu.
(a) Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda
i. Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha.Mendapat pendidikan di Timur Tengah. Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.
(b) Matlamat perjuangan
i. Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam
- menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat ( contoh )
- menceburi bidang perniagaan walau pun secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan.
- taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.
ii Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.
- menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan
akidah Islam sebenar.
- meninggalkan amalan taklid buta
- mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.
iii. Emansipasi wanita
- meningkatkan taraf wanita
- wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri
- tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )
- membebaskan diri dan negara daripada penjajahan
- bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.
Kaedah perjuangan
i. Secara langsung
- melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman, Saudara.
- melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain.
ii. Secara Tidak Langsung
- melalui madrasah yang dibina.
- mengajar ilmu dunia dan agama
- idea diterap dalam pengajaran
Tentangan daripada Kaum Tua.
-terdiri darpada ulama konservatif
- memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme yang dibawa oleh Kaum
Muda.
- percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramah-
ceramah agama serta disiarkan dalam akhbar dan majalah
- menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan.
KESIMPULAN
Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran.
Perjuangan tidak menampakkan kejayaan cemerlang
Mendapat tentangan daripada Kaum Tua.
No comments:
Post a Comment