мʏ Ɖɛαя Ѵιƨιтσяƨ

Friday, July 8, 2011

Soalan Sejarah Bab1 Tingkatan 4


Sejarah Tingkatan 4

BAB 1 - TAMADUN AWAL MANUSIA
1 a) Huraikan sumbangan sistem Tulisan Mesopotamia (5m)
·         Jurutulis - Melahirkan jurutulis
·         Pendidikan - Sistem pendidikan diperkenalkan
·         Rekod - Merekod / urusan pentadbiran
·         Perdagangan - Urusan jual beli ditulis
·         Sastera - Melahirkan sastera epik Gilgamash dan falsafah

  b) Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir (5m)
·         Polistisme - Percaya kepada konsep politisme
·         Tuhan - Tuhan dikaitkan dengan unsur alam Amun (Tuhan
            Angin) Re (Tuhan Matahari) Ra-Tam(Tuhan Langit)
·         Kehidupan - Percaya ada kehidupan selepas mati
·         Bakal - Mayat dibekal dengan kelengkapan harian untuk diguna selepas mati

  c) Sumbangan Tamadun Mesir dalam Sains dan matematik (10m)
·         Senibina - Pembinaan piramid dan spinx
·         Teknik - Imhotep membina bangunan dengan teknik batu bata
·         Kertas - Mencipta kertas daripada pokok papyung
·         Tulisan - Merekod tinggalan tamadun dalam hieroglif
·         Mumia - Proses mengawet mayat/mumia
·         Perubatan - Kemajuan ilmu pembedahan dan perubatan berstatus tinggi
·         Ilmu - Ilmu matematik, geometri, algebra,astronomi
·         Pengairan - Cipta sistem pengairan yang tukar padang pasir jadi kawasan pertanian dengan terusan
·         Kalendar - Sistem kalendar 365 hari dengan 12 bulan dalam setahun
·         Kawalan - Kawalan air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir

2 a) Huraikan sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. (14m)
·         Seni bina sumbangan seni bina piramid daripada ilham imhotep, iaitu sainstis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.
·         Teknik Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan
             menggunakan batu bata.
·         Kertas Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nill.
·         Simpan Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah
             bangsa.
·         Tulisan tinggalan tamadun mesir purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod
             yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
·         Perubatan Kemajuan dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan
            yang mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk
            firaun dan masyarakat.
·         Mumia Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.
·         Ilmu Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
            pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
            hingga ke hari ini.
·         Matematik Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid dan astronomi telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nill yang berlaku sekali dalam setahun.
·         Pengairan Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan
            kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
·         Tebus guna Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.
·         Kalendar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan
            orang mesir purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkann 12
            bulan dalam setahun.
·         Tinggal Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku
·         Nadi Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air Sungai Nill yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.

b) Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan Kerajaan Mesir Purba. (6m)
·         Kanak-kanak Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.
·         Ibadat Institut pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
·         Lahir Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
·         Sains Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai nill serta pembinaan bangunan dan piramid.

3 a) Jelaskan proses pembentukan negara kota Tamadun Hwang Ho. (4m)
·         Anyang Petempatan awal berdasarkan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
·         Pusat Di Bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
·         Tinggal Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar.
·         Tembok Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.


b) Huraikan organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho. (6m)
·         Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
·         Petani Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar negara kota ini.
·         Artisan Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.
·         Tentera Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
·         Hamba Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.








No comments:

Post a Comment